Sabtu, 6 Julai 2013

Manisan Maut. Jejas saraf, otak kanak kanak


 

Gula gula Maut. Jejas saraf, otak kanak kanak

 
Gula-gula murah menggunakan pewarna tiruan yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dikesan semakin banyak dijual terutama oleh penjaja haram di luar kawasan sekolah.

Gula-gula itu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana berwarna-warni diibaratkan ‘manisan maut’ kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewarna dikatakan boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tidak terkawal. Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA) Paul Raj berkata kajian pihaknya mendapati gula-gula itu yang dijual dengan harga serendah 10 sen hingga 50 sen dikhuatiri memberi kesan buruk jangka panjang kepada pengguna, terutama kanak-kanak.

“Gula-gula itu mengandungi kadar gula dan pewarna tinggi. Ia bukan hanya menggalakkan pembentukan karies gigi, malah jika diambil secara kerap ini boleh meningkatkan paras adrenalin kanak-kanak hingga menjadi hiperaktif, gelisah dan agresif.

Malah, kami juga percaya ada gula gula yang menggunakan pewarna cat yang biasanya digunakan bagi mewarna tekstil. Menurutnya, pewarna itu yang mengandungi bahan kimia seperti tartrazine, Rhodamine B dan methanyl Yellow yang berbahaya serta tidak sesuai digunakan bagi industri pembuatan makanan.

Namun pewarna kimia ini sering kali digunakan dalam industri pembuatan makanan tanah air kerana harganya murah! Dengan harga pewarna murah ini, industri pemakanan tanah air dapat menjana kadar untung mereka  secara berkali kali lipat ganda!!!
Pewarna kimia ini berbahaya kerana kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan barah usus, merosakkan sistem saraf dan otak kanak kanak.

Menurutnya, penyelidikan turut menemui bahan pengawet sodium benzoate (E211) yang biasanya dibubuh dalam minuman ringan! Bahan pengawet sodium benzoate (E211) juga memudaratkan manusia apabila kerap kali digunakan!!!
Tinjauan Harian Metro di beberapa premis sekitar ibukota mendapati pelbagai gula gula dengan beraneka warna dan bentuk dijual secara berleluasa di kedai kedai runcit!!!

Terdapat juga gula gula yang tiada label pengilang dan tiada alamat pengilang tiada tarikh luput dsbnya lalu menimbulkan keraguan kepada tahap keselamatannya!!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.