Sabtu, 6 Julai 2013

doktor sembuh kanser



LONDON 13 Feb. - Seorang penyelidik yang menghidap kanser servik berjaya pulih daripada penyakit itu dengan bantuan sejenis ubat yang dihasilkan melalui kajian yang dijalankannya sendiri. Dr. Hayley Farmer, 39, bertugas di Cancer Research UK dalam satu pasukan yang bertanggungjawab menjalankan ujian klinikal ke atas ubat dan vaksin baharu.

Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang melakukan kajian ke atas ubat Cisplatin, sejenis ubat kemoterapi yang diuji ke atas pelbagai jenis kanser.

Farmer berkata, dia berkhidmat di Cancer Research UK kerana neneknya meninggal dunia akibat kanser. ''Namun, ketika bertugas di pusat penyelidikan itu saya tidak sedar saya sendiri menghidap penyakit kanser servik sehinggalah saya menjalani ujian rutin pada 2007.
''Saya seperti tidak percaya apabila dimaklumkan bahawa saya menghidap penyakit itu. ''Namun, saya melihat penyakit ini sebagai satu perkara positif,'' katanya.

Farmer berkata, ketika menyedarinya, peringkat kanser yang dihidapinya sudah terlalu lewat untuk dibedah dan beliau diberikan rawatan radioterapi dan Cisplatin. Beliau bersyukur dan bernasib baik kerana ada perkhidmatan pemeriksaan kanser untuk mengesan kes-kes seperti itu. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.