Sabtu, 6 Julai 2013

Ubat tahan sakit sebabkan serangan jantung


Ubat tahan sakit sebabkan serangan jantung


London: Penggunaan ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi dan berterusan dianggap “sama bahaya” dengan sejenis ubat yang ditarik dari pasaran kerana boleh menyebabkan risiko serangan jantung, kata penyelidik semalam.

Ketika membentangkan keputusan kajian antarabangsa mengenai penahan sakit dikenali sebagai ubat bukan steroid antiradang ( Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs – NSAIDs ), penyelidik berkata, dos yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit kardiovaskular sehingga satu per tiga.

Data itu bermaksud, bagi setiap 1,000 orang yang berdepan risiko biasa serangan yang mengambil ubat itu dalam dos yang tinggi selama setahun, mereka berdepan dengan kemungkinan mengalami serangan jantung yang boleh dielakkan. Keadaan itu sama dengan risiko dibawa ubat penahan sakit dikenali sebagai Vioxx - dikeluarkan syarikat Merck di Amerika Syarikat - yang ditarik balik penjualannya pada 2004 kerana dikaitkan dengan risiko serangan jantung. - Reuters

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.