Sabtu, 6 Julai 2013

Tidur cukup elak sakit jantung


Tidur cukup elak sakit jantung
  
Berita Harian, Rabu – 12 November 2008

 
 
 
 
Hong Kong – Tidur kurang daripada tujuh setengah jam sehari boleh meningkatkan risiko penyakit jantung di kalangan orang tua terutama mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi pada waktu malam, kata satu kajian di Jepun.

Sekumpulan saintis memantau corak tidur 1,255 orang tua yang mempunyai penyakit darah tinggi dan mereka berusia 70.4 tahun dengan mengikut perkembangan mereka selama 50 bulan. Secara umumnya orang ramai kurang tidur dalam masyarakat moden kini.

Bagaimanapun mendapat tidur yang mengcukupi adalah perlu untuk menghalang masalah seperti kegemukan dan kencing manis selain beberapa faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular termasuk kegagalan pernafasan ketika tidur dan tekanan darah tinggi waktu malam.

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.