Sabtu, 6 Julai 2013

USM Cipta Serbuk Nyah Logam Berat


USM hasil serbuk nyah logam berat
Sumber: Berita Harian, Rabu – 5 November 2008

Georgetown, Pulau Pinang (Malaysia) – Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan sejenis serbuk yang mampu menyahkan logam berat dalam badan menggunakan pangsa buah durian. Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM itu, berkata kajian yang dijalankan sejak 2006 mendapati pengambilan serbuk itu boleh menghalang logam berat daripada tersimpan dalam badan. Serbuk yang diberi nama mDRD itu mampu mengeluarkan logam berat seperti besi, plumbum dan raksa dalam badan melalui sistem perkumuhan. Serbuk berkenaan yang dicampurkan dengan air minuman, sesuai diminum mengikut peraturan ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.